Kandungan dan khalayak Twitch (perkhidmatan)

Twitch direka cipta untuk dijadikan sebuah platform untuk kandungan, seperti kejohanan esports, strim tersendiri bagi pemain individu, dan rancangan bual bicara yang berkaitan dengan permainan video.[73] Sejumlah saluran melakukan speedrunning secara langsung.[74] Laman utama Twitch pada masa ini memaparkan permainan berdasarkan jumlah penonton. Penonton yang biasa merupakan lelaki dan berumur antara 18 hingga 34 tahun, walaupun laman web ini juga telah berusaha untuk mengambil minat demografi yang lain, termasuk wanita.[23][75] Setakat Jun 2018, antara permainan paling popular yang disiarkan di Twitch adalah Fortnite, League of Legends, Dota 2, PlayerUnknown's Battlegrounds, Hearthstone, Overwatch dan Counter-Strike: Global Offensive dengan jumlah campuran lebih daripada 356 juta jam ditonton.[76] Penstrim dipanggil Ninja adalah antara personaliti tertinggi Twitch, dengan lebih daripada 14 juta pengikut. Namun pada bulan Ogos 2019, Ninja mengumumkan bahawa dia akan secara eksklusifnya, berpindah ke sebuah platform pesaing yang dimiliki oleh Microsoft dinamakan Mixer.[77][78][79]

Twitch juga telah mengembang ke kandungan bukan permainan video; seperti pada bulan Julai 2013, laman web ini menyiarkan sebuah persembahan di 'Fester's Feast' dari San Diego Comic-Con, dan pada 30 Julai 2014, persembahan muzik tarian elektronik Steve Aoki menyiarkan satu persembahan langsung dari sebuah kelab malam di Ibiza.[80][81][82][83] Pada Januari 2015, Twitch memperkenalkan satu kategori rasmi untuk strim muzik, seperti rancangan radio dan aktiviti menghasilkan muzik, dan pada bulan Mac 2015, mengumumkan bahawa ia akan menjadi pasangan penstriman langsung rasmi yang baru untuk Ultra Music Festival, sebuah pesta muzik elektronik di Miami.[84][85]

Pada 28 Oktober 2015, Twitch melancarkan satu lagi kategori bukan permainan video, dipanggil "Kreatif", yang bertujuan untuk strim yang mempersembahkan penciptaan karya seni dan kerja kreatif. Untuk mempromosikan pelancaran itu, perkhidmatan itu juga menstrim sebuah maraton yang berlangsung selama lapan hari untuk rancangan Bob Ross, dinamakan The Joy of Painting.[86] Pada bulan Julai 2016, Twitch melancarkan "Makan sosial" sebagai beta; ia diilhamkan oleh fenomena Korea yang dipanggil Muk-bang dan pemain Korea yang melakukan budaya ini sebagai waktu rehat dalam strim permainan mereka.[87]

Pada bulan Mac 2017, Twitch menambahkan sebuah kategori "IRL", yang dirancang untuk kandungan dalam garis panduan Twitch yang tidak termasuk dalam kategori lain yang telah ada di laman web ini (seperti lifelog).[88]

Pada bulan Mei 2017, Twitch menjalankan sebuah marotan langsung untuk semua episod dari sebuah rancangan PBS Kids, iaitu Mister Rogers' Neighbourhood. Mereka mengulangi maraton ini pada 20 Mac tahun berikutnya untuk menyambut hari jadi ke-90 Fred Rogers jika dia masih hidup.[89]

Amal jariah

Games Done Quick merupakan sebuah acara speedrunning yang berlaku dua kali setiap tahun untuk amal jariah yang dihoskan di Twitch.[90]

Penyiar-penyiar di Twitch sering menjadi hos untuk strim yang mempromosikan dan mengumpulkan dana untuk amal jariah. Menjelang tahun 2013, laman web ini telah menganjurkan pelbagai acara, yang secara keseluruhan, telah mengumpulkan lebih daripada AS$8 million dalam sumbangan untuk tujuan kebajikan, seperti Extra Life 2013.[91] Setakat 2017 laman web ini telah mengumpulkan lebih daripada AS$75 juta dalam sumbangan untuk tujuan kebajikan. [92]

Sukan profesional

Pada bulan Disember 2017, Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan mengumumkan bahawa mereka akan menstrim permainan Liga NBA G di Twitch bermula pada 15 Disember; siaran tersebut juga mengandungi tindihan atas bagi statistik yang interaktif, serta strim permainan tambahan yang diulas oleh personaliti Twitch.[93] Pada bulan April 2018, diumumkan bahawa Twitch akan menyiar sebelas permainan Thursday Night FootballNational Football League, sebagai sebahagian daripada perjanjian penstriman yang telah diperbaharui oleh liga itu dengan Amazon Prime Video. Semasa musim 2017 liga itu, strim-strim ini eksklusif untuk pelanggan Amazon Prime.[94]

Pada bulan Januari 2019, promosi gusti profesional yang dipanggil Impact Wrestling mengumumkan bahawa ia akan menstrim rancangan mingguannya yang dipanggil Impact! di Twitch, dalam penyiaran langsung gabungan dengan televisyen yang menyiarkan rancangan itu di rangkaian kabel AS dinamakan Pursuit Channel (dimiliki bersama dengan syarikat induk promosi itu yang dipanggil Anthem Sports & Entertainment).[95]

Pada 5 September 2019, National Women's Hockey League mengumumkan sebuah perjanjian hak siaran selama tiga tahun dengan Twitch, mengandungi semua permainan dan acara liga itu. Perjanjian itu juga mengandungi sebuah perjanjian dengan NWHL Players' Association untuk membahagi penjanaan hasil antara pemain, dan menandakan pertama kalinya NWHL pernah menerima bayaran hak.[96] National Women's Soccer League mengumumkan perjanjian tiga tahun pada bulan Mac 2020 untuk Twitch melakukan strim untuk 24 perlawanan setiap musim di Amerika Syarikat dan Kanada, berkolaborasi dengan kandungan asli, dan berfungsi sebagai pemegang hak untuk semua perlawanan di luar Amerika Syarikat dan Kanada.[97][98]

Pada 20 Jun 2020, sebagai sebuah tambahan untuk hak tempatan Amazon Prime bagi liga itu dan rancangan untuk menyiarkan semua perlawanan yang masih tinggal dalam musim 2019-20 (untuk disambung kerana pandemik COVID-19), ia diumumkan bahawa Twitch akan strim sebuah bungkusan empat perlawanan bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris di United Kingdom.[99][100]

Pada 22 Julai 2020, Twitch secara rasminya melancarkan sebuah kategori untuk sukan, terutamanya menjadi hos kepada kandungan yang distrim oleh liga sukan dan pasukan sukan di platform itu.[101]

Emotes

Twitch mencirikan sejumlah emoticon yang banyak yang dipanggil "emotes". Ada emotes percuma bagi semua pengguna, emotes bagi pengguna Turbo, emotes bagi pengguna Twitch Prime, dan emotes bagi pengguna yang melanggan kepada rakan kongsi atau ahli gabungan Twitch.[102] Setakat Oktober 2015[update] Kappa adalah emote yang paling banyak digunakan di Twitch.[103][104] Penyiar yang bekerjasama dengan Twitch akan menerima lebih banyak "slot emote" apabila mereka menerima lebih banyak pelanggan sehingga maksima 50 emotess setiap saluran.[105]

Rujukan

WikiPedia: Twitch (perkhidmatan) http://www.adweek.com/news/technology/twitch-bids-... http://associationsnow.com/2015/01/gaming-gurus-re... http://www.businesswire.com/news/home/201204120054... http://www.cnet.com/news/steve-aoki-to-star-in-twi... http://www.cnet.com/news/twitch-pulls-the-plug-on-... http://www.dailydot.com/esports/twitch-growth-espo... http://www.destructoid.com/eve-online-adds-twitch-... http://www.destructoid.com/new-version-of-uplay-fe... http://www.espn.com/esports/story/_/id/18262358/20... http://www.espn.com/nba/story/_/id/21752221/nba-br...